Wednesday, August 28, 2013

aku egois!

kau berjalan tinggalkan aku sendiri,
ku masih mengejarmu..
lantasku masih berharap kau berpaling memegangku,
langkahmu makin laju membuatku buntu,
aku terduduk tak punya rasa.

aku tekad meninggalkanmu,
tatkala itu kau pintaku terus bersamamu,
demi sayang ku bertahan,
kau pergi lagi..kau pergi lagi..
tinggalkan aku sendiri..

kau bicara soal hatiku?
hatiku berkata ada kamu disini,
hati kecilku ingin seorang teman,
yang bisa aku kongsikan kisah hidupku seharian ini,
lelahku dengan hidupku inginku nyatakan padamu,
tidak pernah kau pinjamkan diri,
untuk bersama merasai peritku.

jika percintaan cuma atas rasa,
apa yang kau rasa?
dapatkah kau tebak isi hatiku?
dapatkah aku membahagiakanmu?
jikalau kau bahagia, sudikah kau bertanya bahagiakah aku?
sudah pasti jawabku "ku tak bahagia"..

aku wanita tak punya apa,
pergilah kau mencari bahagiamu,
untuk apa pertahankan sedangkan aku..
aku sentiasa bukan yang terbaik,
bukan seseorang untukmu,
yang boleh membahagiakan orang lain,
kerna dimindaku, aku egois..
egois dalam mempertahankan hidupku..

Thursday, March 21, 2013

sahabat..

seringkali kita merasa kita cukup kuat tapi sebenarnya kita tak sekuat itu bila berkaitan dengan orang yang disayangi.. rasa cinta tak dibalas..rasa kecewa putus cinta pun tak seteruk kecewa kehilangan kawan baik.. mungkin bagi sesetengah orang itu perkara biasa..tapi tak bagi aku.. kawan itu segalanya buat aku.. aku sayangkan kawan aku.. bila hilang macam ni.. aku rasa macam lost gila..entah lah..kadang kadang aku rasa aku tak layak kot ada kawan baik.. macam mana kak +++ , zira juga..buat kat aku dulu.. aku rasa down mengalahkan orang putus cinta.. pernah tak rasa loser bila tak mampu buat bestfriend korang bahagia?? macam tu lah aku rasa..aku akan rasa nak undur diri bila ada orang yang boleh jaga dia lebih baik dari aku...Ya Allah.. berikan aku kekuatan..jika selama ini aku sering sendiri.. kau berikan aku teman yang mampu bersama aku sehingga akhir hayat ku... yang mampu menerima baik dan burukku.. Ya Allah..kau peliharalah hatiku..agar aku tak kecewa lagi..kasihanilah aku Ya Rabb... sungguh ku tak mampu.. Ya Rabb.. dimana pun mereka berada..kau bahagiakan mereka Ya Allah.. mereka insan yang aku sayangi..terutama kedua orang tua ku.. kau lindungilah mereka.. kau berikan kesihatan tubuh badan buat mereka.. juga kau makbulkan segala doa mereka Ya Allah...walau inilah doaku setiap hari.. aku masih tak henti megharapkan agar kau lindungi ibu dan ayahku.kerana hanya mereka yang aku ada didunia ini..