Wednesday, August 28, 2013

aku egois!

kau berjalan tinggalkan aku sendiri,
ku masih mengejarmu..
lantasku masih berharap kau berpaling memegangku,
langkahmu makin laju membuatku buntu,
aku terduduk tak punya rasa.

aku tekad meninggalkanmu,
tatkala itu kau pintaku terus bersamamu,
demi sayang ku bertahan,
kau pergi lagi..kau pergi lagi..
tinggalkan aku sendiri..

kau bicara soal hatiku?
hatiku berkata ada kamu disini,
hati kecilku ingin seorang teman,
yang bisa aku kongsikan kisah hidupku seharian ini,
lelahku dengan hidupku inginku nyatakan padamu,
tidak pernah kau pinjamkan diri,
untuk bersama merasai peritku.

jika percintaan cuma atas rasa,
apa yang kau rasa?
dapatkah kau tebak isi hatiku?
dapatkah aku membahagiakanmu?
jikalau kau bahagia, sudikah kau bertanya bahagiakah aku?
sudah pasti jawabku "ku tak bahagia"..

aku wanita tak punya apa,
pergilah kau mencari bahagiamu,
untuk apa pertahankan sedangkan aku..
aku sentiasa bukan yang terbaik,
bukan seseorang untukmu,
yang boleh membahagiakan orang lain,
kerna dimindaku, aku egois..
egois dalam mempertahankan hidupku..

Thursday, March 21, 2013

sahabat..

seringkali kita merasa kita cukup kuat tapi sebenarnya kita tak sekuat itu bila berkaitan dengan orang yang disayangi.. rasa cinta tak dibalas..rasa kecewa putus cinta pun tak seteruk kecewa kehilangan kawan baik.. mungkin bagi sesetengah orang itu perkara biasa..tapi tak bagi aku.. kawan itu segalanya buat aku.. aku sayangkan kawan aku.. bila hilang macam ni.. aku rasa macam lost gila..entah lah..kadang kadang aku rasa aku tak layak kot ada kawan baik.. macam mana kak +++ , zira juga..buat kat aku dulu.. aku rasa down mengalahkan orang putus cinta.. pernah tak rasa loser bila tak mampu buat bestfriend korang bahagia?? macam tu lah aku rasa..aku akan rasa nak undur diri bila ada orang yang boleh jaga dia lebih baik dari aku...Ya Allah.. berikan aku kekuatan..jika selama ini aku sering sendiri.. kau berikan aku teman yang mampu bersama aku sehingga akhir hayat ku... yang mampu menerima baik dan burukku.. Ya Allah..kau peliharalah hatiku..agar aku tak kecewa lagi..kasihanilah aku Ya Rabb... sungguh ku tak mampu.. Ya Rabb.. dimana pun mereka berada..kau bahagiakan mereka Ya Allah.. mereka insan yang aku sayangi..terutama kedua orang tua ku.. kau lindungilah mereka.. kau berikan kesihatan tubuh badan buat mereka.. juga kau makbulkan segala doa mereka Ya Allah...walau inilah doaku setiap hari.. aku masih tak henti megharapkan agar kau lindungi ibu dan ayahku.kerana hanya mereka yang aku ada didunia ini..

Sunday, December 9, 2012

teaser of polygamy




my new chapter

sekian lama tak mencoret kata,blog dah makin bersarang..my new chapter began when i decide to left everything yang aku rasa dah tak mampu nak kendong dan bukan keinginan aku sepenuhnya.. ada kala kita rasa kita inginkan sebuah kebebasan.. perasaan yang tak nak komitmen dalam hubungan tu buat kita nekad untuk melakukan sesuatu..maafkan aku kerana melukakan hatinya.. tapi makin aku memaksa diri..takut makin membenci..biarlah masa menentukan.. maafkan saya awak..harap awak bahagia selalu.. mungkin bukan takdir tuhan saya bukan untuk awak..sebab tu hati saya masih belum terbuka untuk awak.. Ya!awak betul.kenapa perlu saya mengejar sesuatu yang tak pasti sedangkan yang dah pasti dah ada depan mata..tapi  yang takde depan mata tu lah yang berjaya mengubah hati saya..saya memang jahat melukakan hati orang sebaik awak.. tapi itulah takdir tuhan untuk hidup saya..

Sunday, March 11, 2012

kontot+

bila rambut yang panjang dipotong kontot.. katanya membuang segala kenangan pahit..segala kepahitan,segala tangisan,segala kedukaan di buang bersama rambut yang di potong..setelah itu kepala yang berat akan terasa ringan bagaikan pepohon yang dicantas daunnya.harapnya ku bisa melupakan segala kepahitan lalu.

Tuesday, February 28, 2012

+every single picture have their own songs+

ilmu yang terbaik adalah kita mempraktikkan ilmu yang kita ada dalam kehidupan kita..dalam salah satu silibus pelajaran aku,adalah dengan menjadi storyteller dengan menggunakan gambar.setiap orang ada cara mereka berfikir.critical thinking menerangkan seseorang itu adalah "BERSENI".." Music and picture expresses feeling and thought, without language; it was below and before speech, and it is above and beyond all words. ~Robert G. Ingersoll "

single life.
setiap yang bernyawa..pasti akan pergi..tiada yang kekal dan abadi..the single tree is symbolic of horrow and lonely..but the sky always accompany the tree..

softness of touch
sentuhan itu adalah sesuatu yang sangat berkait rapat dengan kasih sayang..bagaimana sentuhan itu sangat penting bagi seorang lelaki dalam sesuatu hubungan..guess what?!sentuhan seorang perempuan kepada seorang lelaki boleh menghilangkan tekanan yang dialami oleh lelaki...begitu juga dengan bayi.sentuhan menyebabkan mereka terasa akrab dengan orang disekelilingnya.sentuhan merupakan medium komunikasi bagi mereka.

strive for life
untuk mencapai sebuah impian kita harus berkerja keras dan berusaha untuk mencapai apa yang kita mahukan.selnangkah perjalanan anda.seribu kejayaan menanti.

path of life
jalan hidup kita sama ada susah atau senang,walaupun takdir sudah tertulis tetapi kita sendiri berhak menentukannya.seorang perompak,tidak dilahirkan menjadi perompak.tetapi dia sendiri memilih untuk menjadi seorang perompak.

standing proud.
sebatang pokok life alone without another tree berhampiran dengannya.tetapi dengan bangganya masih hidup..tetapi dia lupa.dia hidup kerana jasa langit..melimpahkan hujan dan memayungi matahari untuk memancarkan cahaya.the same goes with human being..memberi dan menerima adalah sesuatu yang sangat harus di praktikkan dalam hidup.jangan anda merasakan orang sentiasa salah.sedangkan diri sendiri belum tentu betul.menerima keburukan dan silap orang lain..pasti orang lain takkan berfikir panjang untuk menerima anda seadanya..

love
love is something abstract..can't touch by ur hand..but u can feel it by ur pure heart♥

Sunday, February 26, 2012

writer+_+

Image Detail
when we feel lost..just cry!


sebagai seorang penulis.percaya pada apa yang anda tulis.Percaya sehingga anda boleh melihatnya,mendengarnya,merasainya dan menyentuhnya.Barulah anda menulis!kerana itulah aspek kehidupan yang sebenarnya.Secara teori,lebih banyak anda menulis lebih baik tahap keyakinan pembaca terhadap karya anda.*_*.(Norzailina Nordin).

 i found some quality storytelling on your work.
never give up on writing for the industry, ok?

fret not, i will try to pitch this synopsis to other producers.
and if you have more to come, especially on the genres i mentioned
above, don't hesitate to send me a copy.

keep it up & good luck.


regards.
anwar


 what i feel when i receive this mail by the producer??hurgh!i think u can feel what i feel right?upset..or happy u r the one felt it..give up or strive for my own dream?i will think it later..now.i just get enough with that!!_=_