alkisah...aku ni berniaga kat bazar bulan ramadhan..satu hari..kuantan ni dilanda ribut yg kuat sgt..sampai booth kami semua mcm nak terbang..aku ni yg mmg takut ribut ni..takyah nak ckp la..asal kilat je mula la cari org utk di pegang..haha..kitorg yg ddk dlm booth ni pun still basah..apetah lg org kat luar an..kesian...tapi lepas je hujan teduh..aku pun cakapla kat bdk sebelah..
aku :dik..awak ni kena mandi..nanti demam..
adik :ala kak..best jugak demam tu..dah lama tak sakit..
aku :eyh awk ni..ade pulak nak sakit..org lain nak sihat..awk nak sakit..
adik :akak..kita ni kena beringat jugak kak..kalau ALLAH dah lama tak bagi kita sakit tu..renung-renungkanlah..
aku :maksud awk??
adik :sakit ni ade mcm2 tafsiran..kadang-kadang ALLAH bagi kita sakit tu sbb ALLAH sayangkan kita..nak menguji kita sbg hambanya..tu bukti ALLAH sygkan kita..kalau ALLAH tak bagi kita sakit..kadang2 tu tanda protes ALLAH pada kita..dia nak suruh hidup senang tanpa ingat padanya..boleh dikatakan ALLAH dah benci pada kita la..
aku :terima kasih..baru akk taw ALLAH sygkan akk..
adik :tapi kak..kadang2 kan ALLAH bagi kita sakit ni atas balasan dosa-dosa kita yang lalu..sakit tu penghapus dosa..ALLAH sayangkan kita..jadi ALLAh kurniakan sakit ni sbg cara menghapuskan dosa-dosa kita yang lepas..
aku :terima kasih ya,ALLAh kerna menyayangi aku..sememangnya banyak kesilapan dan dosa aku di masa lalu..(dalam aty)
Dalam mengharungi kehidupan yang serba mencabar dengan seribu satu dugaan, tidak pernah melepaskan seseorang muslim daripada tertimpa bala bencana. Kesakitan adalah salah satu daripadanya. Bezanya hanyalah sama ada kecil atau besar.
Ada orang ditimpa ujian kehancuran terhadap hartanya. Namun, tidak sedikit pula bagi seseorang yang diuji dengan kesakitan terhadap dirinya sendiri. Ada yang terlantar bertahun-tahun kerana mengalami penyakit yang ganjil. Begitu pula ada yang terpisah dengan anak atau ahli keluarga begitu lama. Semuanya mendera jiwa. Sakit.
Namun, apakah kesakitan baik yang menimpa anggota tubuh badan, harta atau jiwa itu tanda Allah murka kepadanya? Atau mungkinkah ia tanda Allah sedang menghapus dosanya? Barangkali ia merupakan jalan untuk sampai kepada maqam tertinggi di sisi Allah?
Sedangkan, Allah berfirman di dalam surah At-Tagaabun, ayat 11 yang bermaksud:
"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu".
Penceramah bebas, Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman, berkata sakit atau musibah yang terkena kepada seseorang adalah datangnya daripada Allah SWT. Tujuannya pelbagai dan mempunyai banyak hikmah untuk direnungi.
No comments:
Post a Comment