“Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit, bersih dan suci. Jika ia jatuh pada tanah yang subur, di sana akan tumbuh kesucian hati, keikhlasan, setia, budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai terpuji.” ― Hamka
Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak.
ya.memang benar.kerana satu bahagian itulah kita sering terleka.mengapa hanya satu bahagian?mengapa tidak 99 bahagian kerana hati manusia cuma satu.andai diturunkan 99 bahagian itu ke dunia pasti manusia tidak dapat mengimbangi dirinya.kerana satu bahagian itu sahaja manusia sudah cukup sasau.apatah lagi untuk yang ke 99 bahagian.
gunakanlah 1 bahagian yang dikurniakan itu sebaik mungkin.dimana kamu menyayangi orang disekeliling kamu sebaik yang boleh.Jadikan kebencian itu sesuatu yang tidak patut ada dalam hati.JAdikan dendam itu sebagai pendorong kamu berjaya dan jadikan dendam itu sebagai satu pembakar semangat kamu.sementelah kamu berjaya maafkan orang yang kamu dendami.Memaafkan orang yang melakukan kejahatan kepada kamu adalah lebih baik daripada menjadikan DENDAM sebagai satu luka yang membusuk dijiwa.pastinya kebaikan akan berada dipihak kamu.
letakkan ALLAH dan RAsul ditempat yang paling utama.Disusuli oleh ibumu malahan tiga kali lebih tinggi darjatnya daripada seorang bapa.Disebalik kejayaan seorang lelaki.Orang akan melihat siapakah dua wanita disebalik kejayaan itu,iaitu ibu dan isteri kamu.Kamu tidak akan peroleh kejayaan tanpa seorang ibu melahirkan kamu dan sentiasa mendoakan kamu.Doa seorang ibu diangkat kelangit tanpa hijab.Dan seorang isteri itu adalah seorang isteri yang sentiasa menyenangkan kamu dan menjadi pembimbing kamu.Malah sentiasa menjaga maruah diri dan suami.Maka,carilah kamu seorang isteri yang terbaik.
selepas ibu kamu.tempatkanlah ayah kamu di satu tempat yang istimewa dalam hatimu.Kerana tanpa cinta dia dan ayah kamu.Takkan adanya kamu didunia.Dia yang berhempas pulas memberikan kamu sesuap nasi.Dan seterusnya carilah kamu pasangan yang terbaik dikalangan manusia.yang mampu menghormati 4 perkara yang kamu telah tempatkan dihati kamu.Seorang lelaki yang mampu mengimamkan solat kamu wahai wanita dan seorang wanita yang mampu membimbing dan menjadi ibu yang terbaik dari keturunan yang baik wahai lelaki.
Saturday, February 4, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment